Tasha Shilla akui tempah baju perkahwinan dengan Hans


Tasha Shilla akui tempah baju perkahwinan dengan Hans - Sekeping gambar istimewa yang dimuatnaik oleh Tasha Shilla di laman Instagram miliknya tiga hari lepas menimbulkan kekecohan di kalangan peminat beliau.

Apa tidaknya, gambar itu memperlihatkan Tasha yang ditemani oleh peninju Muay Thai, Hans datang berjumpa dengan pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail bagi membuat tempahan baju.


Ramai peminat mula mengesyaki pelakon jelita itu membuat tempahan baju untuk majlis perkahwinan, begitu juga dengan Hans atau nama lainnya, Hen Chen.

Meskipun Tasha terus menafikan ada membuat tempahan baju untuk sebarang perancangan berkahwin dalam masa terdekat namun aktres jelita itu akhirnya terpaksa mengalah dan memberikan penjelasan di bawah.

"Memang kami menempah baju dengan Ezuwan untuk majlis perkahwinan. Tetapi, bukanlah kami yang nak kahwin. Sebaliknya baju itu akan kami gayakan pada majlis persandingan Rozita Che Wan dan Zain Saidin."

"Tema pada malam itu ialah hitam dan putih dan kami akan berpakaian sedondon. Lagipun, warna hitam memang warna kegemaran Hen Chen."


0 Response to "Tasha Shilla akui tempah baju perkahwinan dengan Hans"

Catat Ulasan

dzulCYBER