Sekitar pertunangan Leez AF4 & Aepul Drama Band


Sekitar pertunangan Leez AF4 & Aepul Drama Band - Kerana terlalu fokus dengan berita perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin semalam, ramai peminat terlupa bahawa seorang lagi artis jelita, Leez AF4 turut melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan, Aepul.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, jelas Leez amat teruja kerana kini sudah bergelar tunangan kepada vokalis kumpulan Drama Band, Aepul. Kedua-dua pasangan selebriti ini kelihatan sama padan dan sama cantik.

Majlis pertunangan mereka berlangsung secara kecil-kecilan di Gombak. Leez dilihat amat cantik apabila mengenakan baju ala-ala busana nikah lengkap dengan jambangan bunga sambil duduk di atas mini pelamin. Jom layan beberapa keping pertunangan Leez AF4 dan Aepul di bawah.











2 Responses to "Sekitar pertunangan Leez AF4 & Aepul Drama Band"

  1. tahniah buat Leez af4 dan pasangan ...

    BalasPadam
  2. Dia dah kurus kan?cantik...tp pesal slalu blakon x npk lawa gini?tp xpe tetap kelles..!
    Tahniah.....moga kekal berumahtangga keanak cucu

    BalasPadam

dzulCYBER