Respon Neelofa isu ditangkap khalwat dengan VVIP

Respon Neelofa isu ditangkap khalwat khamis lalu - Bekas pengacara rancangan MeletOp, Neelofa meluahkan perasaan kesalnya di laman Instagram selepas difitnah berkhalwat oleh individu tidak bertanggungjawab tanpa sebarang bukti kukuh.

Menurut pelakon itu, tuduhan berkenaan benar-benar menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti. Katanya, jika benar dia berkhalwat, sudah pasti ada laporan rasmi polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi.

"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi."

"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya. Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih."




Sementara itu, Neelofa sempat menegur sikap wartawan yang suka menyebarkan gosip-gosip tidak sahih agar membuat penyiasatan terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa artikel berkaitan salahlaku selebriti.

"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis."

Baca kenyataan penuh Neelofa di bawah yang sempat dimuatnaik beliau di laman Instagramnya sekitar petang tadi. Pelakon seksi itu jelas sangat kecewa dengan tuduhan yang disebarkan di akhbar tempatan.



0 Response to "Respon Neelofa isu ditangkap khalwat dengan VVIP"

Catat Ulasan

dzulCYBER