Respon Leina Hangat kontroversi gambar seksi di Facebook


Respon Leina Hangat kontroversi gambar seksi di Facebook - Semua orang tahu siapa Leina Hangat yang pernah bergelar sebagai penyanyi dangdut suatu ketika dulu. Kini penampilan beliau sudah jauh berbeza, lebih anggun, cantik dan menawan dengan tudung labuh.

Meskipun begitu, ada satu perkara yang terus membuat ramai peminat tertanya-tanya. Ianya berkenaan tindakan Leina yang masih belum memadam kesemua gambar-gambar seksi di akaun Facebooknya. 

Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, yang ditemui wartawan mStar semalam memberitahu bahawa tujuan dirinya berbuat demikian ialah untuk pengajaran kepada para orang ramai dan mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah barunya.

"Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya."

Untuk pengetahuan, Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.


0 Response to "Respon Leina Hangat kontroversi gambar seksi di Facebook"

Catat Ulasan

dzulCYBER