Rabecca Nur Al-Islam mengamuk Erma Fatima bayar syiling 5 sen


Rabecca Nur Al-Islam mengamuk Erma Fatima bayar syiling 5 sen - Isu pertelingkahan antara Rabecca Nur Al-Islam dan Erma Fatima masih belum berakhir apabila penerbit dan pengarah itu bertindak memperli pelakon Rabecca.

Erma Fatima difahamkan membayar saman kepada Rabecca yang berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen dan turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya. Ekoran itu, Rabecca menyatakan perasaan tidak puas hatinya melalui mStar Online.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?”

Menurut Rabecca lagi, jika tujuan Erma berbuat demikian ialah untuk mencetuskan kemarahannya, itu tidak akan berlaku. Dia juga menguggut untuk memulangkan wang tersebut dan meminat Erma membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.


2 Responses to "Rabecca Nur Al-Islam mengamuk Erma Fatima bayar syiling 5 sen"

  1. Razfira - Tak salah pun bayar gune duit syiling. Buat macam samsung bayar Apple. hehehe

    BalasPadam

dzulCYBER