Rabecca habiskan duit saman Erma bantu mangsa banjir


Rabecca habiskan duit saman Erma bantu mangsa banjir - Nampaknya, Rabecca Nur Al-Islam juga tidak terlepas untuk membantu mangsa banjir dengan menggunakan semua duit saman yang dibayar oleh Erma Fatima untuk membeli makanan dan minuman dan diedarkan kepada mangsa banjir.

Untuk pengetahuan, pelakon itu telah menerima pembayaran penuh saman yang dimenanginya berjumlah RM11,200 daripada pengarah dan penerbit, Erma Fatima semalam dalam bentuk not RM1.

"Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya.

"Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan."


0 Response to "Rabecca habiskan duit saman Erma bantu mangsa banjir"

Catat Ulasan

dzulCYBER