Punca sebenar warga India merusuh di Little India Singapura


Punca sebenar warga India merusuh di Little India Singapura - Kejadian rusuhan yang berlaku di kawasan Little India Singapura semalam telah menyebabkan 18 orang cedera dan kebakaran kepada lima buah kereta polis, sebuah ambulans dan beberapa kereta awam lain.

Menurut laporan berita terkini, kejadian itu adalah yang terburuk sejak 40 tahun lalu kerana melibatkan 400 orang tidak termasuk jumlah kerosakan harta benda.

Punca rusuhan itu berlaku ialah disebabkan oleh kelalaian pemandu sebuah bas milik syarikat swasta yang terlanggar secara tidak sengaja seorang lelaki warganegara India berusia 33 tahun.

Perkara itu menimbulkan kemarahan pekerja-pekerja warga asing yang tidak berpuas hati dan mula mengganas dengan menyerang bas tersebut sebelum turut menyerang kenderaan pihak polis yang tiba di tempat kejadian.


0 Response to "Punca sebenar warga India merusuh di Little India Singapura"

Catat Ulasan

dzulCYBER