Punca sebenar Masjid Sungai Isap, Kuantan tidak ditenggelami banjir


Punca sebenar Masjid Sungai Isap, Kuantan tidak ditenggelami banjir - Sebelum ini rakyat Malaysia kecoh dengan penyebaran gambar-gambar Masjid Sungai Isap, Kuantan yang didakwa tidak ditenggelami banjir besar yang melanda Pahang beberapa hari lepas, sedangkan seluruh kawasan di sekitarnya diliputi air.

Ekoran itu, ramai penggiat laman sosial menyatakan kekaguman mereka dengan keajaiban yang berlaku ke atas masjid berkenaan termasuk penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza dan pelakon Izzue Islam.

Untuk pencerahan yang lebih terperinci berhubung keajaiban itu, laman blog Addin77 telah berkongsi sekeping gambar yang menjelaskan punca sebenar Masjid Sungai Isap, Kuantan  tidak ditenggelami banjir besar.


Daripada gambar yang dikongsikan, jelas menunjukkan bahawa masjid terbabit dibina di kawasan yang ditambak lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Tinggi tambakan yang dibuat menyamai tinggi dua buah kereta viva.


0 Response to "Punca sebenar Masjid Sungai Isap, Kuantan tidak ditenggelami banjir"

Catat Ulasan

dzulCYBER