Punca Cristina Suzanne putus tunang


Punca Cristina Suzanne putus tunang - Gosip mengaitkan perpisahan antara Cristina Suzanne dan tunangnya mula kedengaran sejak minggu lalu lagi. Namun ketika itu, Cristina masih belum bersedia memberikan kenyataan rasmi berhubung gosip terbabit kerana baru sahaja memenangi trofi Pelakon Terbaik dalam Anugerah Skrin 2013.

INFO : Kata-kata semangat paling bangang pernah korang didengar

Hanya pada hari ini menerusi akhbar Berita Harian, pelakon filem KIL itu tampil memberikan kenyataan penuh bagi menjawab gosip yang tersebar agar peminat tidak terus membuat spekulasi sendiri.

Menurut Cristina Suzanne, hubungannya dengan tunang yang juga seorang ahli perniagaan dari Kuantan memang sudah berakhir namun beliau enggan mendedahkan bila tarikh putus tunang itu berlaku.

“Jodoh saya tak panjang, ikatan pertunangan saya sudah putus. Itu saja yang boleh saya kongsi bersama peminat. Tarikh sebenar ikatan itu terlerai dan atas sebab apa putus, biarlah ia terus menjadi rahsia peribadi saya kerana banyak hati yang perlu saya jaga.”

“Pengakuan ini saya buat supaya tidak timbul lagi sebarang spekulasi dan kekeliruan. Orang nak tahu apa status saya hari ini, ya saya mengaku dah putus tunang, cukup. Tak perlu mendesak atau terus bertanya bila saya putus, sebab apa dan kenapa.”


Meskipun sudah mengesahkan perpisahan dengan tunang, Cristina Suzanne tidak memberitahu punca sebenar perpisahan mereka.


0 Response to "Punca Cristina Suzanne putus tunang"

Catat Ulasan

dzulCYBER