Penipuan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang


Penipuan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang - Dengan meletakkan gambar Ustaz Azhar Idrus pada poster promosi filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dia dilihat seolah-olah merupakan pelakon utama filem arahan Pierre Andre itu.

Bagaimanapun, jangan tertipu kerana jika anda menonton keseluruhan cerita filem itu di pawagam, hanya ada satu babak ringkas sahaja yang memperlihatkan lakonan Ustaz Azhar Idrus sedang berceramah, namun seperti dicilok. 

Ini sesuatu yang mengecewakan peminat kerana ramai mereka menaruh harapan dapat melihat lakonan pendakwah bebas itu buat kali pertama.

Petikan di bawah ialah tulisan wartawan Syed yang ternyata kecewa dengan eksploitasi gambar Ustaz Azhar Idrus. Baginya, lebih baik menonton ceramah pendakwah itu di laman Youtube daripada di pawagam.



1 Response to "Penipuan filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang"

  1. Saya rasa bukannya Ustaz Azhar Idrus tidak mahu diketengahkan, atau dilibatkan untuk dipenuhkan aksinya di dalam arahan Pierre Andre dalam filem ini dgn aliran skrip yg dicipta sendiri oleh Ustaz Azhar…akan tetapi syarat Ustaz adalah ketat dan mungkin menghadkan susunan perjalanan kisah ini..kerana ustaz Azhar Idrus hanya mahu di”shooting” hanya pada keadaan-keadaan tertentu mengikut kehendaknya…lihat video ini:

    http://www.youtube.com/watch?v=5sKhV6mEMAM

    Walau bagaimanapun filem ini membongkar kebaikan jemaah TABLIGH yg selama ini amat disalah ertikan oleh masyarakat bahawa TABLIGH ini sebagai golongan ekstrimkan akhirat…golongan “tinggal dunia”…golongan “ajaran sesat” ..golongan “tinggalkan anak bini” dan lain-lain lagi tohmahan. Sedangkan maksud utama kebaikan dakwah itu selalu disalahertikan. Dengan gaya susunan Pierre Andre yang bijak menyelongkar suasana khuruj jemaah Tabligh ini amat membuka kefahaman masyarakat bahawa golongan Tabligh amat menitik beratkan kasih sayang, dan sunnah di dalam amalan dakwah mereka.

    Tidak pernah saya lihat mana-mana filem di TV seperti Telemovie, Filem dan sebagainya yang mengangkat darjat mereka-mereka yang berjubah, berserban, berdakwah…selain daripada dilabelkan mereka2 ini sbg fanatik agama (seperti di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir 1999)…tak bertanggungjawab terhadap keluarga (seperti Drama telemovie Ana Aisyah 1992) dan lain-lain. Di kala kemelut akhir zaman dimana golongan-golongan “imej sunnah” ini kadang-kadang juga dianggap “keras”,”menakutkan”, “pengganas” , “anti-sosial” , “fundamentalis” dan sebagainya; dengan adanya filem-filem seperti ini sedikit sebanyak mengimbangkan persepsi masyarakat terhadap amalan sunnah Nabi SAW itu sendiri dan golongan yg “kuat agama” ini sebenarnya tidaklah seperti yang disangka-sangka. Kenangan suka-duka yang cuba ditonjolkan di dalam filem ini amat menghiburkan dan ini sedikit sebanyak membuka minda ketat masyarakat kita terhadap golongan Dakwah Tabligh ini. Semoga imej mereka yang keluar berdakwah, berjubah berserban, dan kuat agama ini dipulihkan melalui media-media perantara yg seumpama ini pada masa-masa yang akan datang.

    Baca lanjut di http://munsyeed.com/malay/kolum/ulasan-filem-ustaz-mu-tunggu-aku-datang/, Ditulis oleh Along Safa, Hakcipta © Munsyeed{Dot}Com 2010-2013

    BalasPadam

dzulCYBER