Peminat Lana Nordin maki hamun Johan As'ari di Instagram


Peminat Lana Nordin maki hamun Johan As'ari - Berita perpisahan pelakon Lana Nordin dan Johan As'ari yang diumumkan semalam merupakan satu lagi kejutan paling menarik bagi tahun 2013.

"Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari" adalah ungkapan paling sesuai untuk kisah sensasi yang sedang dialami oleh pasangan selebriti ini memandangkan Johan sebelum ini pernah berjanji akan bertunang dengan Lana dalam masa terdekat.

Bukan setakat penggiat-penggiat blog dan portal hiburan yang tergamam malah semua peminat mereka di laman sosial. Kemuncak dari itu, kebanyakkan peminat Lana Nordin mula memaki hamun Johan kerana tidak serik-serik mempermainkan hati perempuan.

Komen paling teruk diterimanya ialah ada peminat yang menyamakan pelakon filem Juvana itu sebagai lebih teruk seekor beruk.



0 Response to "Peminat Lana Nordin maki hamun Johan As'ari di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER