Pemain hoki negara, Fitri Saari dan Yana Samsudin bercinta


Pemain hoki negara, Fitri Saari dan Yana Samsudin bercinta - Nampaknya, trend artis bercinta dengan ahli sukan semakin menjadi ikutan ramai. Jika sebelum ini Tasha Shilla pernah digosipkan bercinta dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mahali Jasuli, kini tiba giliran aktres Yana Samsudin pula didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan pemain hoki kebangsaan, Fitri Saari.

Mengikut maklumat yang admin terima, Fitri Saari adalah lapan tahun lebih muda berbanding Yana Samsudin. Meskipun begitu, jarak umur mereka yang agak jauh tidak menghalang dua ikon negara ini berkawan rapat. 

Menariknya tentang Fitri Saari dan Yana Samsudin, mereka dikatakan saling mengagumi kebolehan masing-masing. Mengikut satu sumber, Yana pernah dilihat berada di stadium hoki di Ipoh dan Kuantan untuk menyaksikan Fitri beraksi.

Menurut sumber lain pula, Fitri didakwa pernah menghadiahkan kayu hoki berwarna merah jambu kepada Yana. Macam-macam pula gosip yang admin dengar tentang Fitri Saari dan Yana Samsudin, namun perkembangan terbaru mereka ini memang satu berita baik buat peminat.


0 Response to "Pemain hoki negara, Fitri Saari dan Yana Samsudin bercinta"

Catat Ulasan

dzulCYBER