Paul Walker masih hidup, palsukan kematian kaut untung?


Paul Walker masih hidup, palsukan kematian kaut untung - Selepas pemergian pelakon terkenal Hollywood, Paul Walker sebulan lalu, wujud dakwaan terbaru yang mengatakan kematian itu dipalsukan oleh Universal Pictures bagi menjana keuntungan lebih banyak.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan dan ianya bersumberkan semata-mata kepada artikel yang ditulis dalam portal Nodisinfo berjudul Paul Walker’s Crew Busted for Faking his Death dan Paul Walker Girlfriend Busted On-Site Setting Up Fake Death.

Dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan pada 21 dan 24 Disember lalu itu, portal berkenaan mendakwa wujud konspirasi memalsukan kematian Paul Walker and Roger Rodas. Lebih menarik, konspirasi itu turut disokong oleh kekasih Paul Walker dan ahli keluarga beliau.

Sehingga kini, isu pemalsuan kematian mereka telah tersebar secara meluas di laman sosial dan mewujudkan kekeliruan di kalangan penggiat-penggiat Facebook, Twitter dan sebagainya.


0 Response to "Paul Walker masih hidup, palsukan kematian kaut untung?"

Catat Ulasan

dzulCYBER