Nooraida Abdul Mutalib diceraikan talak satu oleh Amiruddin Othman


Nooraida Abdul Mutalib diceraikan talak satu oleh Amiruddin - Susulan malu dengan penampilan Nooraida Abdul Mutalib yang menjolok mata pada sidang media minggu lalu dan kes skandal dengan Adi Putra, Hj Amiruddin Othman bertindak menceraikan isterinya talak satu semalam, 19 Disember 2013.

"Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik."

"Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar."

INFO : Bayar RM28, dapat percuma rawatan pelangsingan badan + gel badan bernilai RM360

Tindakan itu dilakukan kerana maruahnya telah tercalar sehingga menyebabkan hubungan dengan keluarga menjadi tegang dan pandangan masyarakat pula mula serong. Meskipun, begitu, Amiruddin Othman tetap akan meneruskan kes tersebut untuk dibuka semula.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja."

"Bila saya mahu kes ini dibuka semula, ramai orang cakap saya buka aib tapi hakikatnya mereka tidak tahu situasi saya yang sebenar. Saya bukan mahu duit atau popular tapi ini sebagai pengajaran kepada semua orang."


Menurut Amiruddin lagi, jika rayuan mereka untuk membuka kembali kes ini tidak menemui jalan penyelesaian, beliau akan tetap meneruskan kes tersebut menerusi undang-undang syariah dan sivil.

Untuk pengetahuan, Amiruddin dan Nooraida sudah berkahwin selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun.


0 Response to "Nooraida Abdul Mutalib diceraikan talak satu oleh Amiruddin Othman"

Catat Ulasan

dzulCYBER