Miera Liyana damba lelaki kaki control


Miera Liyana damba lelaki dominan – Baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem dalam Anugerah Skrin pada 29 November lalu, fokus kerjaya Miera Liyana dilihat semakin jelas.
Bagaimanapun, tanpa berselindung, bekas kekasih Shah Jaszle itu dalam diam mengakui tetap mendambakan sokongan dari insan yang bergelar lelaki memandangkan beliau masih belum mempunyai kekasih. 

“Cinta lalu banyak memberi pengajaran. Ketika itu saya masih mentah. Tetapi saya tak nafikan perlukan cinta sebagai sokongan.”

“Tetapi kebanyakannya tak bertahan lama kerana tak mampu bertolak ansur dengan jadual kerja saya. Saya lebih suka lelaki yang lebih dominan daripada saya, bukan sebaliknya.”

Dalam pada itu, Miera sedang berdebar menantikan reaksi penonton untuk tiga filem terbarunya, Dendam Orang Mati, Apokalips dan Rentaz yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.


0 Response to "Miera Liyana damba lelaki kaki control"

Catat Ulasan

dzulCYBER