Miera Leyana akui layan ramai lelaki namun masih gagal


Miera Leyana akui layan ramai lelaki namun gagal - Pernah bercinta dengan pelakon Shahrizal Jaszle selama setahun sebelum putus pada tahun 2012, rezeki aktres Miera Leyana dalam percintaan nampaknya masih belum sampai.

Menerusi akhbar mStar, Miera Leyana mengakui dia hanya mampu mengekalkan sesebuah hubungan percintaan tidak sampai enam bulan kerana masalah kesibukan kerjaya. Menurutnya, hubungan cinta dengan bekas kekasih, Shah Jaszle adalah paling lama pernah bertahan.

"Saya rasa, hubungan cinta saya dengan Shahrizal adalah yang paling lama."

Meskipun pernah menjalinkan percintaan ramai lelaki namun hubungan itu tidak dapat bertahan lebih enam bulan akibat kekangan waktu kerja yang tidak menentu.

"Kalau tidak, setakat ini, beberapa lelaki yang menjalinkan percintaan dengan saya hanya mampu bertahan tidak sampai enam bulan pun."

"Nak buat macam mana, mereka tidak tahan dengan cara kerja saya yang tidak tentu masa."


0 Response to "Miera Leyana akui layan ramai lelaki namun masih gagal"

Catat Ulasan

dzulCYBER