Lisa Surihani perang mulut dengan peminat di Instagram


Lisa Surihani perang mulut dengan peminat di Instagram - Jika semalam, pelakon Nora Danish mengamuk kerana difitnah hanya berbikini ketika bercuti di Thailand baru-baru ini bersama Nadeem Nazri dan rakan kru, sebentar tadi pula berlaku perang mulut antara Lisa Surihani dan seorang peminat.

Perang mulut tersebut berlaku selepas seorang peminat menggunakan nama Lisa Surihani sebagai nama akaun Instagram miliknya sehingga mengelirukan penggiat laman sosial lain.

Penyamar Lisa Surihani itu telah memuatnaik status di laman Instagram yang menyatakan dirinya adalah Lisa Surihani sebenar manakala akaun lama sebelum ini dikatakan telah digodam hacker.


Meskipun begitu, cubaan si penyamar untuk mendapat lebih ramai pengikut tidak berjaya selepas kebetulan Lisa Surihani yang sebenar sedang online. Beliau terus menyelar tindakan penipuan si penyamar sehingga berlaku perdebatan hebat.

Kemuncak daripada perdebatan itu, Lisa Surihani sebenar telah memuatnaik satu video untuk membuktikan diri sebagai pemilik nama Lisa yang sebenar-benarnya.


Jadi sebagai kesimpulan, akaun ladyyusry ialah akaun sebenar aktres Lisa Surihani dan bukannya akaun Lisa Surihani.


0 Response to "Lisa Surihani perang mulut dengan peminat di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER