Lee Chong Wei juara BWF World Superseries Finals 2013


Lee Chong Wei juara BWF World Superseries Finals 2013 - Hebat dan berada pada prestasi terbaik, pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, mengotakan janjinya kepada rakyat Malaysia apabila menjuarai BWF World Superseries Finals 2013 yang baru sahaja tamat berlangsung sebentar tadi.

Lee Chong Wei menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto dengan keputusan 21-10, 21-12 dalam masa 32 minit sahaja. Perlawanan itu berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur. Tahniah admin ucapkan.

Kejuaraan ini merupakan gelaran ke-7 beliau bagi tahun 2013 selepas sebelum ini turut menjadi juara untuk Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Terbuka Hong Kong.


0 Response to "Lee Chong Wei juara BWF World Superseries Finals 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER