Kontroversi Tasha Shilla bercumbuan di kafe hotel, Kuala Lumpur


Kontroversi Tasha Shilla bercumbuan di kafe hotel - Sudah menafikan dirinya sedang bercinta dengan peninju Muay Thai dikenali Hans, Tasha Shilla dihambat pula dengan kontroversi baru yang lebih menyakitkan.

Aktres jelita itu dituduh oleh peminat bercumbuan di khalayak ramai di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur ketika menghadiri satu majlis.

Tasha Shilla yang dihubungi Utusan Malaysia semalam menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan. Baginya, sangat tidak masuk akal melakukan perbuatan memalukan itu di khalayak ramai apatah lagi ketika menghadiri majlis rasmi. Ikuti penjelasan Tasha di bawah.

“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu.”

“Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar & akan memalukan diri saya dan keluarga.”


Pada admin, sudah-sudahlah melemparkan tuduhan negatif kepada pelakon Tasha Shilla meskipun gosip yang disebarkan benar. 




0 Response to "Kontroversi Tasha Shilla bercumbuan di kafe hotel, Kuala Lumpur"

Catat Ulasan

dzulCYBER