Keputusan penuh Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2013


Keputusan penuh Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan ketiga Kumpulan A membabitkan Malaysia menentang Singapura di Stadium Zayar Thiri. Perlawanan bermula seawal 5.15 petang tadi dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena 801.

Setakat dua perlawanan terdahulu, Malaysia sudah mengutip enam mata, kurang satu mata berbanding Singapura. Mereka kini menghuni tangga kedua carta Kumpulan A dan dalam kedudukan baik untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Jom kita sama-sama saksikan pertembungan dua pasukan hebat ini di saluran Astro Arena 801. Keputusan Malaysia vs Singapura akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung.

Malaysia (1) vs (1) Singapura (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. Afiq Yunus 61' (SGPA)
  2. Rozaimi Abdul Rahman 90' (MSIA)


0 Response to "Keputusan penuh Malaysia vs Singapura Sukan SEA 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER