Kekasih larang aksi berpeluk punca Izara Aishah tangguh kahwin

Kekasih larang aksi berpeluk punca Izara Aishah tangguh kahwin - Pelakon seksi, Izara Aishah terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berumahtangga dalam masa terdekat apabila dilarang oleh kekasih melakonkan aksi berpelukan dengan pelakon lelaki lain selepas bergelar isteri.

Selain itu, beberapa syarat lain yang agak ketat seperti mengurangkan kemunculan di televisyen dan balik lebih awal ke rumah berbanding bakal suami turut menyumbang kepada keputusan penangguhan itu.

“Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti."

“Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja.”




Dalam pada itu, Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, tidak menolak kemungkinan akan mengundurkan diri daripada bidang lakonan selepas berkahwin kelak.

“Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini."

“Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja.”

Meskipun banyak syarat ketat yang dikenakan kekasih yang dikenalinya tujuh tahun lalu namun pelakon itu tetap bersyukur kerana dia sentiasa memberikan sokongan dan berada di sampingnya dalam apa juga keadaan.



0 Response to "Kekasih larang aksi berpeluk punca Izara Aishah tangguh kahwin"

Catat Ulasan

dzulCYBER