Kandungan surat layang Erma Fatima kepada Rabecca Nur Al-Islam


Kandungan surat layang Erma Fatima kepada Rabecca - Kontroversi pengarah dan penerbit, Erma Fatima membayar hutang saman berjumlah RM11,200 kepada Rabecca Nur Al-Islam menggunakan duit syiling 50 sen dan senaskah Al-Quran, mendapat reaksi positif dari orang ramai.

Rata-rata peminat bersetuju dengan tindakan Erma Fatima itu kerana bagi mereka Rabecca Nur Al-Islam patut belajar bersyukur dan mengubah penampilan diri. 


Perkara paling mengejut dan menarik yang dilakukan oleh Erma ialah menyertakan sepucuk surat layang di dalam peti syiling yang diberikannya kepada Rabecca.

Berikut ialah bunyi isi kandungan surat layang itu. Daripada bunyi isi kandungan yang ditulis produser itu jelas sekali ada perkara tersembunyi yang berlaku antara dua individu ini.


"Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah. Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan."


0 Response to "Kandungan surat layang Erma Fatima kepada Rabecca Nur Al-Islam"

Catat Ulasan

dzulCYBER