Jutaan ikan laut mendarat di pantai Lahad Datu, bukan pertanda Tsunami


Jutaan ikan laut mendarat di pantai Lahad Datu - Penduduk kampung sekitar Pantai Tambisan, berhampiran Felda Sahabat Tungku, Lahad Datu, Sabah menerima kejutan apabila jutaan ikan laut tiba-tiba melompat ke darat kira-kira 9.30 pagi tadi.

Aaron Aziz & Sharifah Amani rasa anda perlu ?? BACA LEBIH LANJUT SINI

Kejadian pelik ini disahkan sendiri oleh penduduk kampung di kawasan berkenaan dengan disertakan gambar dan video. Difahamkan, kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di Lahad Datu kerana sebelum ini pernah beberapa kali berlaku apabila musin ikan besar mendarat di perairan Tambisan.


Menurut sumber MA GIM (KK TAMBISAN), punca ikan laut mendarat ke pantai ialah untuk menyelamatkan diri dari menjadi mangsa buruan ikan-ikan besar. Beliau turut meminta agar kejadian seperti ini tidak dianggap sebagai petanda akan berlaku serangan Tsunami.



0 Response to "Jutaan ikan laut mendarat di pantai Lahad Datu, bukan pertanda Tsunami"

Catat Ulasan

dzulCYBER