Johan As’ari dan Lana Nordin putus cinta


Johan As’ari dan Lana Nordin putus cinta -  Hanya beberapa minggu bercinta, Johan As’ari difahamkan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta dengan aktres seksi, Lana Nordin sebaik tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya semalam.

Menurut Johan, keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan keluarga terutama ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sejak pengakuan Lana dalam sidang media beberapa minggu lepas.

“Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.”

“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini.”

“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini."

“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini.”


0 Response to "Johan As’ari dan Lana Nordin putus cinta"

Catat Ulasan

dzulCYBER