Jepun sahkan tiada amaran serangan Tsunami 36 jam dikeluarkan


Jepun sahkan tiada amaran serangan Tsunami 36 jam dikeluarkan  - Susulan tersebarnya khabar angin di laman sosial kononnya amaran serangan Tsunami bakal melanda kawasan Borneo dalam tempoh 36 jam telah dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA) dua hari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) segera menghubungi agensi tersebut untuk mendapatkan pengesahan.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada sebarang tanda-tanda gempar bumi dikesan akan berlaku dalam tempoh 36 jam manakala dakwaan amaran serangan Tsunami telah dikeluarkan JMA dua hari lalu itu adalah tidak benar sama sekali.

"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi." - mStar

Semalam, seorang pemilik akaun Facebook , Irsyad Sidi, telah memuatnaik status yang mendakwa Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah mengeluarkan amaran serangan Tsunami bakal melanda kawasan Borneo dalam tempoh 36 jam.



0 Response to "Jepun sahkan tiada amaran serangan Tsunami 36 jam dikeluarkan "

Catat Ulasan

dzulCYBER