Gambar terbaru Linda Onn yang semakin cantik jelita


Gambar terbaru Linda Onn yang semakin cantik jelita - Penarikan diri Linda Onn daripada dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 memang sudah dijangka memandangkan penyampai radio Suria FM itu sudah memberitahu lebih awal sebelum ini.

Sebagai bukti pengundurannya, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah binti Onn telah menghantar surat kepada Berita Harian (BH) selain turut mengumumkan penarikan dirinya dari anugerah tersebut secara rasmi di laman Twitter miliknya.

Pada admin, mungkin ada sebab-sebab tertentu beliau tidak mahu dicalonkan untuk kali ini. Lagipun apa salahnya memberi peluang kepada orang lain yang berbakat besar tetapi baru sahaja bertapak dalam dunia hiburan.

Untuk pengetahuan, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 akan berlangsung pada 6 April 2014. Jom layan 6 keping gambar terkini Linda Onn yang semakin cantik jelita.






0 Response to "Gambar terbaru Linda Onn yang semakin cantik jelita"

Catat Ulasan

dzulCYBER