Searching...
9:18 PTG 0

Gambar sekitar majlis perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin


Gambar sekitar majlis perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin – Tahniah kepada pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang kini bergelar sebagai suami isteri yang sah dengan sekali lafaz sekitar jam 8.45 malam tadi di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Rozita Che Wan yang lebih mesra dipanggil Che Ta dinikahkan kepada Zain Saidin oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman dengan mas kahwin bernilai RM9,300 berserta wang hantaran berjumlah RM23,200. Majlis lafaz nikah itu berwalikan adik Che Ta, Roshidi Che Wan.

Selain mas kahwin dan wang hantaran, Rozita turut menerima tujuh buah peti yang mengandungi barang-barang hantaran lain daripada Zain serta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

Jom layan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin di bawah, kredit kepada laman rotikaya. Rasanya gelaran Wedding Of The Year 2013 patut menjadi milik Rozita Che Wan.




















0 Komen:

Catat Ulasan