Gambar majlis perkahwinan Wan Maimunah dan Makpol Saimon


Gambar majlis perkahwinan Wan Maimunah dan Makpol Saimon - Tahniah kepada pelakon veteran, Wan Maimunah Abdul Aziz yang kini sudah mengakhiri zaman jandanya selepas sah bergelar isteri kepada Makpol dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan, berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah. Pengantin perempuan menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang.

Majlis perkahwinan itu berlangsung sekitar jam 8.20 malam tadi di Tropical Inn, Johor Bahru dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. 

Sejurus selepas acara akad nikah selesai, Wan Maimunah tidak dapat menahan kesedihan lalu menangis teresak-esak kerana tidak menyangka telah diberi peluang untuk bergelar isteri semula.

Untuk informasi anda, suami Wan Maimunah ialah seorang ahli perniagaan dan tujuh lebih muda berbandingnya. Inilah yang dikatakan jodoh tidak akan ke mana. Mari tengok sembilan keping gambar majlis pernikahan Wan Maimunah dan Makpol Saimon di bawah, kredit kepada mygosip.











0 Response to "Gambar majlis perkahwinan Wan Maimunah dan Makpol Saimon"

Catat Ulasan

dzulCYBER