Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014


Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014 - Proton Perdana Baru 2014 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam di Putrajaya, Kuala Lumpur. Kereta jenis ini direkabentuk menyerupai Honda Accord dan mempunyai dua jenis engin yang berkuasa 2.0 liter dan 2.4 liter.

Kelainan Proton Perdana Baru 2014 berbanding Honda Accord ialah bentuk bumper bahagian depan kereta diubahsuai sepenuhnya dan ditambah dengan penghadang besi, manakala bahagian belakang pula kekal sama namun bahagian lampu ekor dibuang, hanya garis chrome dikekalkan.

Selain itu, kereta perdana baru ini juga mempunyai ruang dalaman yang besar terutamanya bahagian tempat duduk penumpang. Kerusi sediada boleh diundur jauh ke belakang sehingga penumpang boleh duduk dengan kaki terjuntai lurus.

Memang hebat dan luar biasa rekabentuk Proton Perdana Baru 2014. Untuk fasa pertama projek penggantian kenderaan rasmi kerajaan, sebanyak 3,000 unit kereta jenis ini akan mula diagihkan.













1 Response to "Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014"

  1. baguslah.makin lama makin maju kereta kita.baru rasa megah skitkan walau murah tapi design macam kereta import.

    BalasPadam

dzulCYBER