Searching...
22.37 0

Gambar dan biodata Puteri Erma Edlinda, bakal isteri Aril AF


Gambar dan biodata Puteri Erma Edlinda, bakal isteri Aril AF - Penyanyi dan pengacara Aril Pilus atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 28, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Puteri Erma Edlinda.

Pasangan ini memilih 20 Disember 2013 sebagai tarikh istimewa untuk disatukan sebagai suami isteri yang sah di kediaman Puteri Erma di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Pada September lalu, Aril telah merisik Erma secara senyap-senyap.

Susulan itu, gosip liar tentang perkahwinan Aril hangat diperkatakan bulan lalu sehingga ada peminat yang mendakwa penyampai radio Era FM itu cuba menyorok kesahihan gosip pernikahan dengan melarikan diri ke Indonesia.

Apapun, kita lupakan gosip itu dan layan beberapa keping gambar bakal isteri Aril Pilus, bekas finalis program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh. Admin turut menyertakan sedikit biodata Puteri Erma Edlinda yang amat cantik.

Nama : Puteri Erma Edlinda
Umur : 27 tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Tempat menetap : Jeddah, Saudi Arabia
Pekerjaan : Pramugari Saudi Arabian Airlines
Tempoh bercinta : 6 bulan (sejak Mei lalu)











0 Komen:

Poskan Komentar