Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Majlis Hari Jadi anak Nedeem Nazri


Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Hari Jadi - Majlis sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri yang memasuki usia dua tahun begitu meriah sekali kerana turut dihadiri oleh Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa rakan selebriti lain.

Majlis sambutan itu diadakan di rumah keluarga Nedim Nazri dan berlangsung secara santai dengan beberapa acara menarik termasuk menaiki keretapi mainan, Catch A Fist, Sticky Ball dan banyak lagi.

Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri, kehadiran pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal ke majlis berkenaan mencuri tumpuan admin dan rakan blogger lain.

Apa tidaknya, mereka sebelum ini pernah dikaitkan sedang hangat bercinta sehingga menjadi punca utama kepada penceraian pemain bola sepak kebangsaan itu dan bekas isterinya, Rita Rudaini. Mungkinkah kehadiran mereka ini memberitahu secara tidak langsung kepada umum bahawa mereka kini bercinta?

Sukar untuk membuat tanggapan terlalu awal ketika ini memandangkan mereka tidak pernah dilihat datang secara berdua ke mana-mana majlis lepas. Apapun, mari layan beberapa keping gambar mereka berdua di Majlis Hari Jadi anak lelaki Nedim Nazri.





4 Responses to "Gambar Aidil Zafuan dan Zarema Zainal di Majlis Hari Jadi anak Nedeem Nazri"

  1. tudiaa serupa rumah mafiaa ja tengok siap ada bela kuda tuuu

    BalasPadam
  2. Montana - Ok je rumah Nadeem tu...

    BalasPadam
  3. Bukan hari jadi anak ND tapi anak Nedeem Nazri Aziz! tajuk pon blh salah....

    BalasPadam
  4. Mas Michiko - Alamak slh pulak tulis tajuk..

    BalasPadam

dzulCYBER