Fazura perli Neelofa sorok status kahwin dengan tokoh perniagaan?

Fazura perli Neelofa sorok status kahwin dengan tokoh perniagaan - Baru-baru ini, pelakon dan model terkenal, Nur Fazura, 30, telah memuatnaik satu status terkini yang seakan-akan memerli seseorang rakan artis di laman Twitternya.

Bagaimanapun, kepada siapa status itu ditujukan tidak pula dinyatakan oleh Fazura namun menurut blog Abgteror ianya seakan-akan ditujukan kepada Neelofa memandangkan pelakon seksi itu kini sedang berdepan isu khalwat dengan seorang tokoh perniagaan. Berikut ialah bunyi status Fazura :-

“Rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou.”


Andaian blog Abgteror ini juga berdasarkan hubungan kawan antara Fazura dan Neelofa yang tidak begitu baik sejak kontroversi Fazura digosipkan bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.


Sebelum ini, pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan khalwat oleh sebuah akhbar tempatan dan meminta semua pihak menghentikan cerita yang tidak berasas itu.

Jika penafian beliau itu benar, maka kepada siapa pula sebenarnya status twitter itu ditujukan? Mungkinkah Fazura tahu satu rahsia sulit yang tidak pernah diketahui orang ramai selama ini?

2 Responses to "Fazura perli Neelofa sorok status kahwin dengan tokoh perniagaan?"

dzulCYBER