Farah Alya nafi halang hubungan cinta Johan As’ari & Lana Nordin


Farah Alya nafi halang hubungan cinta Johan As’ari – Selepas tiada restu keluarga dijadikan Johan As’ari sebagai alasan untuk memutuskan hubungan cinta dengan Lana Nordin tiga hari lepas, kakak kepada pelakon itu, Farah Alya,  tampil menafikan keluarga mereka menghalang cinta pasangan selebriti ini.

Menurut Farah, keluarga mereka memang tidak pernah menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu sebelum berkahwin.

“Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana."

"Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.”

“Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya."

"Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.”


0 Response to "Farah Alya nafi halang hubungan cinta Johan As’ari & Lana Nordin"

Catat Ulasan

dzulCYBER