Datuk Seri Najib Tun Razak kemalangan di Putrajaya


Datuk Seri Najib Tun Razak kemalangan di Putrajaya - Kealpaan seorang lelaki meletakkan secara sementara kereta volvo miliknya ketika mengambil pas keselamatan di laluan masuk ke Bangunan Parlimen menyebabkan kemalangan ringan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira 9.50 pagi ketika lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta sehingga terundur ke belakang dan melanggar bahagian depan kereta proton perdana milik Perdana Menteri.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kedua-dua kereta tidak mengalami apa-apa kerosakan.

"Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen.”


0 Response to "Datuk Seri Najib Tun Razak kemalangan di Putrajaya"

Catat Ulasan

dzulCYBER