Amirul Hadi & Zaiza Zainal mengaku khalwat di Hotel Vistana


Amirul Hadi & Zaiza Zainal mengaku khalwat di Hotel Vistana - Dua pemain Pahang yang ditangkap khalwat pada 10 September lalu di sebuah hotel Kuantan, ialah Mohd Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23.

INFO : Gempar !! Teknik pengiklanan paling teruk di Malaysia

Kedua-dua pemain ini mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali dan mereka dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah. Nama pasangan mereka berkhalwat ialah Zuraida Muhammad, 26, dan Puteri Natalya Nurul Adzween Rosly, 23.

Terdahulu, Amirul Hadi dan Zaiza Zainal ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana didapati bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan di Hotel Vistana, Kuantan kira-kira pukul 4.30 pagi. 

Pendakwaan kesemua mereka adalah mengikut Seksyen 145 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. - Kosmo



0 Response to "Amirul Hadi & Zaiza Zainal mengaku khalwat di Hotel Vistana"

Catat Ulasan

dzulCYBER