Aidil Zafuan berang Rita Rudaini tuntut nafkah RM5,392


Aidil Zafuan berang Rita Rudaini tuntut nafkah RM5,392 - Menganggap tuntutan nafkah sebanyak RM5,392 terlalu banyak buat Aidil, pemain bolasepak kebangsaan itu tampil menyatakan perasaan tidak puas hatinya menerusi akhbar Kosmo hari ini.

Menurut Aidil, jumlah nafkah dua orang anaknya yang dituntut bekas isteri, Rita Rudaini sebagai tidak munasabah dan melampaui perbelanjaan asas sebenar Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Ini kerana, dia hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Selain itu, beliau turut menafikan keperluan untuk memberi minuman susu dan lampin pakai buang kerana kedua-dua anaknya sudah boleh makan makanan pejal dan pandai ke tandas sendiri untuk kencing atau membuang air besar.

“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah.”


0 Response to "Aidil Zafuan berang Rita Rudaini tuntut nafkah RM5,392"

Catat Ulasan

dzulCYBER