13 Keping gambar kahwin Aril AF & Puteri Erma Adlinda


13 Keping gambar kahwin Aril AF & Puteri Erma Adlinda - Ramai sungguh selebriti hiburan tempatan yang berkahwin bulan ini. Seingat admin, Aril AF merupakan artis kelima yang menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, 27.

Majlis akad nikah pasangan Aril AF & Puteri Erma Adlinda berlangsung dengan jayanya sekitar jam 3.10 petang tadi di Kota Bharu, Kelantan dengan mas kahwin bernilai RM15,000 dan berwalikan bapa Puteri Edlinda. Tahniah admin ucapkan kepada kedua-dua pengantin.

Dalam majlis perkahwinan itu, pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berupa seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin.

Bagi pihak lelaki pula, mereka juga menerima jumlah dulang hantaran yang sama berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.

Untuk pengetahuan, Aril AF merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh, manakala isterinya, Puteri Erma Edlinda merupakan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines.














0 Response to "13 Keping gambar kahwin Aril AF & Puteri Erma Adlinda"

Catat Ulasan

dzulCYBER