Zara Zya nafi tidur lelaki lobi drama Love You Mr Arrogant


Zara Zya nafi tidur lelaki lobi drama Love You Mr Arrogant – Jika bergelar sahaja selebriti, sesiapa pun tidak dapat lari dari dikaitkan gosip-gosip tidak masuk akal yang dilemparkan oleh individu tertentu. Kebanyakannya berpunca dari perasaan cemburu dan tidak mahu melihat orang lain berjaya dalam karier mereka.

Perkara sama turut berlaku kepada pelakon cantik manis, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin. Nama beliau yang kini meniti di bibir peminat kerana lakonan hebat dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant terpalit dengan satu kontroversi murahan.

Dalam kontroversi itu, Zara didakwa peminat pernah tidur dengan seseorang untuk melobi tawaran berlakon dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant. Memang pelik dan tidak masuk akal kerana setahu admin Zara memang layak ditawarkan watak itu kerana berbakat, jelita dan memiliki badan yang seksi.

Menerusi sebuah akhbar, pelakon berusia 28 tahun itu menafikan kebenaran dakwaan berkenaan dan menganggap fitnah tersebut sebagai cubaan untuk menjatuhkan popularitinya selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.

“Sebelum ni orang cakap saya dapat tawaran berlakon drama popular ini sebab saya tidur dengan seseorang. Benda-benda macam ni sangat membahayakan sebenarnya. Kalau saya nak buat macam tu, kenapa baru sekarang? Tapi kita tak boleh tutup mulut orang. Selagi saya tak buat semua tu, saya tak perlu takut.”

“Sekarang ni bila ada yang terserempak, mereka terus terfikir watak yang saya bawakan dalam Love You Mr Arrogant. Ada juga yang jumpa saya terkejut bila tengok saya tak pakai tudung. Saya tak nak macam tu. Peminat kena faham personaliti saya di dalam dan di luar lakonan.”

“Kalau boleh, saya nak orang ingat saya dengan drama-drama lain juga. Terimalah saya seadanya dengan pelbagai watak yang saya bawakan.”

0 Response to "Zara Zya nafi tidur lelaki lobi drama Love You Mr Arrogant"

Catat Ulasan

dzulCYBER