Ustazah Zawiyah Hassan bidas kos kahwin Rozita Che Wan


Ustazah Zawiyah Hassan bidas kos kahwin Rozita Che Wan - Kos majlis perkahwinan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang mencecah RM13 juta mendapat perhatian dari Ustazah Zawiyah Hassan. Pendakwah bebas itu tampil menegur sikap Rozita Che Wan yang membazir dan tidak cuba berjemat-cermat.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis."

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan.”

Menurut Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat ialah mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing. Selain itu, Ustazah Zawiyah turut melahirkan perasaan bimbangnya dengan trend terkini perkahwinan yang seringkali diadakan secara besar-besaran.

“Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah.”

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan.”

0 Response to "Ustazah Zawiyah Hassan bidas kos kahwin Rozita Che Wan"

Catat Ulasan

dzulCYBER