Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik


Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik - Umum mengetahui, barisan tertinggi kepimpinan Seniman Malaysia telah terbatal dan tidak sah di Mahkamah semalam selepas didapati melakukan penyelewangan dan menggunakan persatuan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Dengan itu, bekas presidennya Zed Zaidi atau Rozaidi Abdul Jamil, 33, diberi amaran agar tidak menjalankan apa-apa kegiatan di pejabat persatuan tersebut dan mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa baru perlu diadakan semula.

Zed Zaidi yang dihubungi mStar online bagi mendapatkan respon berhubung pembatalan jawatannya sebagai presiden, bagaimanapun bekas pelakon itu menolak untuk memberikan sebarang komen lanjut.

"Buat masa ini saya tidak boleh ulas mengenai keputusan itu dan saya akan memaklumkan kepada pihak media selepas satu mesyuarat yang akan kami jalankan. Buat masa ini semua aktiviti persatuan Seniman dikendalikan oleh Setiausaha Kerja yang bekerja dengan persatuan."


6 Responses to "Respon Zed Zaidi isu gelaran presiden Seniman ditarik balik"

  1. Memang pun patut kena tukar...

    BalasPadam
  2. bagusspunnn... mmg pun menyalahgunakan kuasa as presiden seniman... dulu masa pegang jawatan, nak jumpa die pun kena bagi byran..padahal nk jumpa uk plan insurans family je pun...

    BalasPadam
  3. Unknown - Aik, sampai macam tu sekali ke?

    BalasPadam
  4. Ni lah balasan untuk org yg lupa diri dan banyak hasad dengki pada kawan seprjuangan .....dpt bayaran cash di dunia.....

    BalasPadam
  5. Aminah - Mungkin juga kot.. Amdin kurang pasti sbnrya.

    BalasPadam

dzulCYBER