Respon Siti Nurhaliza terhadap sindiran Roslan Aziz di Final AF 2013


Respon Siti Nurhaliza terhadap sindiran Roslan Aziz di Final AF 2013 - Dengan program realiti, Akademi Fantasia musim ke-10 tahun 2013 sudah berakhir minggu lalu, kritikan Roslan Aziz kepada peserta Akademi Fantasia 2013 supaya jangan terlalu banyak klon Siti Nurhaliza mengundang tanda tanya peminat.

Susulan itu, wartawan Kosmo segera mendapatkan penjelasan dari empunya badan, Dato' Siti Nurhaliza untuk mengelakkan perkara itu terus disalahtafsir oleh orang ramai. Menurut Siti, dia faham dengan maksud tersirat kritikan Roslan Aziz.

“Saya tiada masalah, mungkin mereka gemar dan mahu jadi seperti saya. Namun, dari sudut keunikan menjadi artis, memang perlu ada trademark sendiri."

“Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Roslan. Tiada masalah kerana sebelum ini juga saya pernah bekerjasama dengan dia.”


0 Response to "Respon Siti Nurhaliza terhadap sindiran Roslan Aziz di Final AF 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER