Respon Sharnaaz isu Shila Amzah putus cinta dengan Johan As'ari


Respon Sharnaaz isu Shila Amzah putus cinta dengan Johan As'ari - Ekoran putusnya hubungan cinta antara Johan As'ari dan Shila Amzah, ramai peminat mula menyalahkan Shila Amzah sebagai punca dan menganggap perkara tersebut sebagai balasan iaitu karma untuknya.

Antara individu yang tidak terlepas untuk diminta memberikan komen berkenaan hal itu ialah pelakon Sharnaaz Ahmad. Beliau yang dihubungi media semalam bagaimanapun menolak untuk memberikan komen panjang lebar kerana takut disalahtafsir orang ramai.

“Kalau nak kata karma … saya pernah muat naik ayat di Instagram saya dulu — karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now.”

“Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi semalam.”

“Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh terima kebenaran itu? Hari ni mungkin hari dia (Shila).”

Di sebalik kejadian tidak diduga yang menimpa bekas kekasihnya, Sharnaaz bagaimanapun berharap Shila Amzah bersikap tenang dan mampu menerima berita tersebut dengan tenang dan percaya kepada jodoh.

Admin juga berharap agar hubungan cinta antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah akan terjalin semula. Mereka berdua memang serasi dan sama-sama selebriti popular.

0 Response to "Respon Sharnaaz isu Shila Amzah putus cinta dengan Johan As'ari"

Catat Ulasan

dzulCYBER