Respon Ammar Alfian isu tayang badan sasa di Facebook


Respon Ammar Alfian isu tayang badan sasa di Facebook - Kontroversi Ammar Alfian memuatnaik gambar-gambar tanpa baju di laman facebook miliknya yang menampakkan badan sasa telah mengundang kritikan orang ramai sehingga beliau didakwa suka mencari publisiti murahan.

Bercakap kepada mStar online semalam, pelakon itu menjelaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Menurutnya, tujuan berkongsi gambar-gambar tersebut ialah untuk menarik pelanggan yang berminat untuk berlatih di bawah bimbingannya berkaitan senaman badan di gim.

"Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut."

Apapun bagi Ammar, dia tidak kisah sekiranya terus dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan beberapa tahun lalu. 


0 Response to "Respon Ammar Alfian isu tayang badan sasa di Facebook"

Catat Ulasan

dzulCYBER