Rais Yatim dan isteri dibayar RM170,000 nyanyi satu LAGU


Rais Yatim dan isteri dibayar RM170,000 nyanyi satu lagu - Meskipun hanya menyanyikan sebuah lagu berjudul When I Fall In Love, Tan Sri Dr. Rais Yatim menerima bayaran sebanyak RM100,000 dalam Majlis Malam Amal Warisan Seni Karyawan di Hotel Istana semalam.

Selain beliau, isterinya, Puan Sri Masnah Rais turut menyanyikan sebuah lagu bertajuk Ubek Kan Denai dan menerima bayaran sebanyak RM70,000.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, jumlah wang derma yang terkumpul dalam majlis amal itu akan mengisi tabung kebajikan persatuan yang dianggotai lebih 1,000 artis tempatan.

"Tan Sri Rais menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Nat King Cole yang mana ini adalah kali pertama beliau menyanyi pada majlis anjuran Karyawan. Selain itu isteri beliau, Puan Sri Masnah Rais pula menyanyikan sebuah lagu bertajuk "Ubek Kan Denai."

"Lagu persembahan isteri beliau juga dibayar RM70,000 yang kemudian dimasukkan ke dalam tabung kebajikan Karyawan. Keseluruhannya majlis makan malam amal ini berjaya mengutip dana sebanyak RM350,000."

0 Response to "Rais Yatim dan isteri dibayar RM170,000 nyanyi satu LAGU"

Catat Ulasan

dzulCYBER