Perlawanan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 (Kelayakan Piala Asia 2015)


Perlawanan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 - Jom tonton perlawanan kelima membabitkan Malaysia menentang Qatar bagi Kelayakan Piala Asia 2015 pada jam 8.45 malam ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Dalam pertemuan pertama beberapa bulan lalu di tempat lawan, Malaysia tewas kepada Qatar, 0-2. Lebih memburukkan keadaan, skuad Harimau Malaya turut tewas tipis kepada Bahrain minggu lalu, menyebabkan peluang untuk layak kini tertutup.

Walaupun harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 semakin tertutup namun admin masih mengharapkan satu keajaiban akan berlaku dalam perlawanan kali ini. Apa kata kita beri sokongan padu kepada Malaysia dengan menonton siaran langsung di saluran Astro Arena 801.


0 Response to "Perlawanan Malaysia vs Qatar 19 November 2013 (Kelayakan Piala Asia 2015)"

Catat Ulasan

dzulCYBER