Keputusan Akhir Akademi Fantasia musim 10 (AF10) 17 November 2013


Keputusan Akhir Akademi Fantasia musim 10 (AF10) - Konsert akhir Akademi Fantasia musim ke-10 akan diadakan pada jam 9.00 malam ini, 17 November 2013, di Stadium Negara Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Astro Maya HD.

Jika minggu lepas kita dikejutkan dengan penyingkiran pasangan duo Azhael namun mereka kini kembali ke AF2013 selepas mendapat undian tertinggi AFMASUK yang telah dibuka sejak 12 November lalu.


Kemasukan semula Azhael ke peringkat akhir AF10 meredakan kritikan orang ramai dan melengkapkan enam finalis terbaik yang bakal berentap malam Ahad.

Bagi anda, siapakah finalis yang akan dinobatkan sebagai juara malam ini? Adakah pengacara sendiri, Zizan Razak? Berikut ialah keputusan penuh konsert akhir Akademi Fantasia musim ke-10.

JUARA
* Faizul

NAIB JUARA
* Azhael

TEMPAT KETIGA
* Ameera

TEMPAT KEEMPAT
* Indah

TEMPAT KELIMA
* Nabila

TEMPAT KEENAM
* Aisyah

ANUGERAH AIRBUS
* Azhael


0 Response to "Keputusan Akhir Akademi Fantasia musim 10 (AF10) 17 November 2013"

Catat Ulasan

dzulCYBER