Kenyataan balas Khairy Jamaluddin terhadap teguran Siti Nurhaliza


Kenyataan balas Khairy Jamaluddin terhadap teguran Siti Nurhaliza - Perbalahan yang berlaku antara dua ikon negara, Khairy Jamaluddin dan Siti Nurhaliza bermula selepas penyanyi itu tiba-tiba mengeluarkan kenyataan di Twitter yang menegur Menteri Belia dan Sukan kerana tindakan bersuara yang disifatkannya kurang ajar terhadap FAM.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin dilihat terus membisu dan tidak melayan teguran Dato' Siti. Semalam, pemenang Wired Celebrity Award di anugerah Shout! Awards baru-baru ini, mengeaskan akan terus bersuara demi kepentingan sukan bola sepak negara dan meminta anggota FAM supaya bersikap terbuka kerana kritikannya tidak ditujukan kepada individu tertentu tetapi sebaliknya kepada institusi berkenaan.

"Walaupun kita (kerajaan) tidak boleh campur tangan dalam urusan pentadbiran FAM, tetapi saya rasa menjadi tanggungjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan memberi pandangan terutama suara rakyat dan peminat bola sepak tanah air."

Kelantangan Khairy bersuara turut mendapat sokongan dari anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) malah daripada segelintir anggota Parlimen pembangkang.


0 Response to "Kenyataan balas Khairy Jamaluddin terhadap teguran Siti Nurhaliza"

Catat Ulasan

dzulCYBER