Janda paling mahal di Malaysia, Rozita Che Wan pecah rekod


Rozita Che Wan janda paling mahal di Malaysia - Pelakon Rozita Che Wan boleh digelar sebagai janda paling mahal di Malaysia apabila majlis perkahwinannya dengan Mohamad Zain Mohd. Saidin mencecah RM13 juta mengalahkan kos perkahwinan Memey Shuaiza dan Norman Hakim.

Rozita Che Wan disahkan mendapat tajaan dari banyak pihak dengan penaja utamanya Habib Jewels. Syarikat itu sanggup menaja set barangan kemas berjumlah RM10 juta dan bakal diperagakan semasa majlis berinai, akad nikah dan resepsi.

Untuk baki RM3 juta pula, ianya datang dari 27 pihak lain yang sudi memeriahkan perkahwinan pasangan tersebut.

“Majlis perkahwinan kami ini bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya setiap tajaan yang kami perolehi ini merupakan satu rezeki. Kami memang tidak menyangka apabila ramai pihak sudi untuk menjadi penaja."

“Pada awalnya kami cuma merancang untuk mengadakan majlis yang ringkas, misalnya upacara akad nikah pun sudah memadai. Mungkin dengan pelbagai tajaan yang diterima ini membuatkan majlis ini kelihatan besar dan meriah.”



0 Response to "Janda paling mahal di Malaysia, Rozita Che Wan pecah rekod"

Catat Ulasan

dzulCYBER