Ibu Johan As'ari menangis anaknya lamar Lana Nordin, bukan Shila Amzah


Ibu Johan As'ari menangis anaknya lamar Lana Nordin - Kisah cinta antara Johan As'ari, Lana Nordin dan Shila Amzah memang cukup kompleks dan memeningkan. Dikala para peminat bergembira dengan hubungan cinta yang terjalin antara Johan As'ari dan Shila Amzah sebelum ini, namun segalanya berubah selepas Lana Nordin mengaku adalah kekasih sebenar aktor itu.

Jika anda kurang setuju dengan pilihan yang dibuat oleh Johan As'ari bagaimana pula dengan reaksi ibu pelakon filem Juvana itu? Menerusi laman Instagram milik ibu Johan, dia didakwa sedih dan menangis kerana masih tidak dapat menerima pilihan anaknya.

Perasaan sedihnya diluahkan melalui sekeping gambar sedang menangis dalam kereta yang disertakan caption berbunyi "Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada khidmah di sebaliknya." 

Korang boleh baca sendiri komen-komen peminat di bawah ke atas sekeping gambar yang diposkan oleh ibu Johan baru-baru ini. Admin sebenarnya amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan mereka.




0 Response to "Ibu Johan As'ari menangis anaknya lamar Lana Nordin, bukan Shila Amzah"

Catat Ulasan

dzulCYBER