Gambar sekitar pengumuman tarikh nikah Zain Saidin dan Rozita Che Wan


Gambar sekitar pengumuman tarikh nikah Zain Saidin dan Rozita - Selepas terus berteka-teki tentang tarikh sebenar penikahan mereka akan berlangsung, Zain Saidin dan Rozita Che Wan akhirnya tampil membuat pengumuman menerusi sidang media pada pagi tadi.

Mereka memilih tarikh 11 Disember 2013 sebagai hari keramat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam.

Terdahulu, pasangan selebriti ini telah pun mengadakan majlis merisik di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu dengan dihadiri 60 tetamu daripada keluarga kedua-dua belah pihak bermula pada jam 3.00 petang.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar pengumuman tarikh nikah Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Sebagai info, majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013 sekitar jam 8.30 malam.










0 Response to "Gambar sekitar pengumuman tarikh nikah Zain Saidin dan Rozita Che Wan"

Catat Ulasan

dzulCYBER